Keseluruhan proses Mama membuat kerabu emping mengguna resipi sebanyak ini sahaja mengambil masa sekitar 3 jam... nak makan ngap je... tak sampai seminit!
nak tunjuk seperah yang Mama buat dulu-dulu, la ni tak buat dah!
menunjuk sungguh Mama he he he
nak tayang sikitlah!
Resipi:
Bahannya:
400 gm
@ 4 cawan emping
300 gm
@ 3 cawan kelapa parut
40 gm @
4 sudu makan udang kering
100 gm
bawang goreng
2 cili
kering
gula
dan garam
minyak
*
ukuran cawan metriks
Bahan dikisar:
7
tangkai cili kering
4
batang sera
3 cm lengkuas
1 bawang merah
1/3
cawan air
Cara membuatnya:
1.
Emping
digoreng dengan dua sudu makan minyak masak hingga kekuningan dan menggelembung
dengan menggunakan api paling kecil. Ketepikan.
2. Kelapa digoreng
sehingga keperangan-perangan. Biarkan sejuk baharu ditumbuk.
3. Udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
4. Dua tangkai cili
kering dihiris halus.
5. Tumis bahan kisar
dengan tiga sudu makan minyak masak sehingga kering. Masak sehingga pes bahan
kisar menjadi berbintil-bintil.
6.
Masukkan emping dan kacau sehingga sebati.
7.
Masukkan udang kering, kelapa dan bawang goreng.
8.
Masukkan garam dan gula, rasa masin dan manis secukupnya (berhati-hati sebab
udang kering telah sedia masin).
9. Siap
untuk dihidangkan.
* Semua
bahan dimasak menggunakan api paling kecil.
* Lebih
sedap jika menggunakan bawang goreng dibuat sendiri.
* Boleh
ditambah isi ikan masin.
*** Info Tambahan
1.
Makanan
yang berasal dari negeri Kedah.
2.
Makanan
kering dan tahan lama seperti serunding,jika disimpan di dalam bekas kedap
udara.
3.
Makanan
yang dimakan bersama-sama nasi atau roti.
4.
Makanan
yang sihat dan berkhasiat - karbohidrat, protein dan vitamin.
5.
Makanan
yang sesuai untuk dibuat bekalan dalam perjalanan jauh (orang dahulu membawanya
ke Mekah).
6.
Makanan
yang sesuai dijadikan kudapan yang berkhasiat kerana tiada bahan pengawet yang
digunakan.
No comments:
Post a Comment